copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

Tips Kurus - No 1

1 HARI, 1 TIP >>>>
ANDA SUDAH BERSEDIA????

Fakta daripada Dr. Huge Dylan, Dietician dari Universiti Hospital of Queensland menunjukkan hanya 5% sahaja mereka yang berdiet berjaya mencapai berat badan idaman. Ini kerana ramai yang tidak mengikuti program diet dengan betul. Selain sambil lewa, cara yang dilakukan juga tidak tepat dan boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi, lakukan dengan cara yang selamat. Kami bawakan 100 tips kurus untuk membantu menjadikan program anda berjaya.

BERMULA DENGAN MATLAMAT

Tanpa matlamat, tiada gunanya anda merancang. Setiap rancangan mesti bermula dengan matlamat (arah tuju). Anda bukan sahaja member focus tetapi bakal mengecap kejayaan jika apa yang anda rancang berpandukan kepada matlamat.

1) Tetapkan matlamat

Jika anda sendiri tidak tahu berapa kilogram berat badan ingin diturunkan, apa gunanya berdiet? Tidak perlu berangan ingin menurunkan berat sebanyak 10 kg dalam masa sebulan. Perlahan-lahan pun tidak mengapa. Ini kerana, kuantiti yang kecil akan menjadi besar jika dilakukan secara langkah demi langkah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment