copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

INSOMNIA... TANDA ANDA AMAL POLA PEMAKANAN SALAH..

 
Insomnia atau kesukaran untuk tidur boleh diatasi dengan mengawasi pola pemakanan anda. Tanda-tanda pesakit insomnia biasanya mempunyai denyutan nadi yang tidak teratur, pening-pening kepala, kadang-kadang mungkin mengalami cirit-birit atau sembelit, lesu dan mudah marah.

Seseorang yang menghidap insomnia mungkin juga kekurangan mineral seperti tembaga dan zat besi. Kekurangan asid amino juga mungkin menjadi penyebab kerana asid amino ini membantu meredakan aktiviti saraf di dalam tubuh kita, menghilangkan unsur-unsur stres dan meningkatkan kualiti tidur.

Oleh itu, cuba anda amalkan beberapa tip di bawah untuk mengurangkan masalah insomnia yang anda alami:

• Tidur dan bangun pada waktu yang tetap
• Biasakan berolah raga
• Hindari dari minum kopi atau minuman ringan dan minuman keras
• Berhenti merokok
• Hindari makanan yang sudah diproses yang boleh merangsang adrelin,
membuat otak segar dan cergas sebelum waktu tidur
• Hindari makanan pedas dan elakkan memakan bawang putih
• Pastikan anda mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kompleks
seperti B1, B6, B12, niasin dan unsur-unsur biologi lain yang mampu
meredakan otot yang tegang
• Vitamin E membantu melegakan keresahan, sifat mudah panik, dan
memudahkan anda untuk tidur
• Magnesium dapat membaiki keadaan tekanan yang anda alami dan
membuatkan anda lebih relaks dan tidur nyenyak
• Kalsium pula menenangkan saraf dan meredakan stress. Pengambilan
kalsium dengan disertai vitamin C akan mempercepatkan tubuh badan anda
menyerap kalsium dan memudahkan anda tidur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment