copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

video - Korean Everyday Makeup ♥


Jom belajar cara ringkas korean makeup...simple and beauty!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 69


69) Jangan ambil sebarang makanan tambahan

(misalnya vitamin C, E, minuman kesihatan dan sebagainya) tanpa nasihat dari doktor dan atau ahli farmasi. Selidik dahulu kandungan dan kebaikannya sebelum membeli. Jangan terkejut kerana mungkin ada diantara bahannya yang membuatkan anda tiba-tiba lebih berselera untuk makan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 68


68) Kunyah makanan perlahan-lahan

Makanan yang tidak dihadamkan dengan sempurna boleh merosakkan perut. Makanan yang hadam dengan sempurna mudah diserap tubuh dan anda mampu mengekalkan tubuh badan yang mantap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 67


67) Makanan ringan?

Kegemaran ini perlu anda jauhkan. Jangan fikir, makanan yang masam-masam membuatkan anda kurus sekelip mata. Fikirkan tentang asid yang terdapat pada makanan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 66



66) Jangan tidur atau berbaring selepas makan

Usus anda perlu “bergerak”. Pastikan semua makanan “berjalan ke lorong” yang sepatutnya. Jika anda berbaring, anda hanya membuatkan makanan tersekat di tengah-tengah usus dan ia tidak mungkin dapat dicernakan sebaiknya. Anda mungkin tidak gemuk, tetapi perut anda bakal membuncit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Video - Natural Looking Makeup Tutorial


Cara makeup simple dan natural look. Boleh di gayakan ketika bersantai atau ke kelas.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 65


65) Mesti ambil buah

Lebih baik ia diambil sebelum anda memulakan hidangan berat. Buah mempunyai serat yang baik untuk membantu penghadaman. Jika anda bukan penggemar buah, gantikannya dengan air putih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kongsi Video Tutorial

Assalamualaikum sahabat2 I'anS.. bermula hari ini, kami akan menambah info di dalam blog ni dengan berkongsi video tutorial yang di ambil dari Youtube.. untuk rujukan dan tambahan ilmu buat kita semua.. selamat mencuba..

Video pertama adalah tutorial untuk Fresh Look Makeup.. jom tonton dan cuba sama2 :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 64



64) Elakkan memilih lauk yang membuka selera anda.

Tetapi pilihlah yang berkhasiat. Ingin kurus tetapi disertai dengan hidangan lazat seperti ayam goreng, sambal belacan dan kari daging, percayalah usaha anda akan sia-sia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 63

PANTANG LARANG BERDIET

Untuk kurus, ramai yang sanggup lakukan apa sahaja. Fakta ini tidak dianggap keterlaluan tetapi itulah hakikatnya. Tetapi, untuk mencapai tahap yang diingini, anda perlu mematuhi pantang larang ini:
 

63) Untuk hidangan tengahari,

Jangan makan lebih dari sesenduk nasi. Nasi mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi. Berlebihan mengambilnya, bererti anda sedang meningkatkan kandungan gula dalam darah. Cuba kekalkan disiplin ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 62


62) Teruskan senaman

Tidak semestinya perlu ke gim semata-mata untuk bersenam. Anda boleh berjalan kaki atau melakukan senaman ringan asalkan ianya dilakukan secara konsisten dan berjadual. Jangan “hangat-hangat tahi ayam”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No 61






61) Jangan lupa diri

Bersendirian boleh menyebabkan anda kurang makan atau terlebih makan. Di mana pun sifat anda, jangan terikut-ikut tabiat ini. Kurang atau terlebih makan tetap memberi kesan yang tidak baik kepada program diet. Makan secara tertib iaitu duduk di meja makan. Bukan di hadapan tv yang boleh melekakan anda. Jangan ikut perasaan atau menjadi manusia yang lupa diri. Berusaha untuk sentiasa beringat, anda sedang mengikuti program diet!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 60


60) Peti sejuk sebagai rakan

Anda mungkin malas memasak. Tetapi anda mungkin masih boleh berdiet dengan salad segar dan enak. Lebihkan jumlahnya kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan sepanjang hari. Gunakan juga peti sejuk anda sebagai penyimpan makanan sihat yang boleh disimpan lama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 59


59) Bijak berbelanja

Bijak berbelanja juga satu usaha dalam mengekalkan tahap kesihatan. Jika membeli barang-barang dapur, jangan tambah senarai belian anda dengan makanan yang tidak berfaedah. Elak membeli snek, air berkarbonat atau mi kering. Makanan ini tidak menyihatkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 58

GANDAKAN USAHA

Berdiet bukan perkara mudah, ia memerlukan dorongan semangat, kesabaran, dan kesungguhan. Paling penting, anda jangan cepat mengalah. Jika gagal, jangan terus berhenti, kaji semula kerana barangkali ada amalan yang anda lakukan tidak tepat. Anda juga mungkin kurang teliti tentang disiplin. Jadi, gandakan usaha.


 

58) Tukar cara masakan

Memasak ada kalanya membosankan apatah lagi jika anda tidak arif tentang penyediaan menu. Teliti MENU 7 HARI setiap bulan. Selain mengekalkan kesihatan, menu yang dicadangkan juga baik untuk kecantikan. Walaupun memasak untuk seorang, tidak bermakna anda boleh semberono.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 57


57) Semua jenis makanan yang boleh diambil mestilah direbus, dibakar atau dipanggang. Lemak yang ada pada makanan yang anda ambil (misalnya kulit ayam) mestilah dibuang sebelum dimakan. Walaupun anda dibenarkan mengambil ‘steak’ dalam pelan menu ini, lebihkan daging ayam atau ikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 56


56) Sup adalah keperluan utama dalam plan menu ini. Lebih banyak sup yang diambil, lebih mudah berat badan diturunkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 55


55) Ingat, elakkan minuman beralkohol dan berkarbonat sepanjang diet ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 54


54) Anda dilarang memakan apa-apa juga makanan berasaskan roti sepanjang pelan menu ini. Anda juga tidak boleh minum diet coke. Pilihlah air mineral, teh hitam kurang manis, jus buah-buahan (jus cranberry terutamanya) dan susu skim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 53


53) Oleh kerana sistem perkumuhan manusia berbeza-beza, kesan pelan menu ini mungkin berlainan bagi setiap individu. Selepas anda mematuhi aturan diet ini sehingga hari ketiga, anda akan mendapati tubuh akan lebih bertenaga. Anda juga mesti menolak kopi, walaupun anda adalah peminat nombor satu minuman ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 52


52) Diet ini adalah diet yang membakar kalori dengan pantas dan anda tidak akan menghadapi masalah sengal-sengal otot. Apapun, pelan menu ini tidak sesuai disertakan dengan pengambilan minuman beralkohol. Alkohol sebenarnya akan menyukarkan penghapusan lemak dalam tubuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 51


51) Bersihkan minda anda dan yakinlah diri bahawa anda sihat untuk meneruskan diet ini. Anda pasti mempunyai tenaga yang lebih berbanding apa yang anda ada sekarang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - N0. 50


DIARI MINGGU KE MINGGU

Program diet anda akan lebih tersusun jika anda mempunyai satu jadual yang khusus. Bagaimana caranya? Ikuti panduan penyusunan diet dari hari ke hari secara konsisten



( P/S: Kalau anda sanggup ikut menu orang barat nie… silakan. Kalau tak, buat menu sendiri. Yang penting pastikan jumlah kalori yang anda ambil adalah rendah)


Hari Pertama – Makanlah s
emua jenis buah kecuali pisang. Untuk pilihan minuman, ambillah yang sihat dan semula jadi. Hindari minuman berkarbonat atau yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori adalah pilihan paling tepat, jadi pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, jadikan sup sebagai menu sampingan.

Hari Kedua – Semua jenis sayur-sayuran baik untuk anda, kecuali kacang, pis dan jagung. Anda juga tidak dibenarkan makan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan pelbagai jenis sayur. Paling disyorkan, sayur-sayuran berdaun hijau. Pada sebelah malam, makanlah kentang putar hidangan besar. AMARAN PENTING: Lupakan mentega dan mayonis, tapi gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai bahan perisa. Untuk rasa lebih enak, tuangkan sup pada kentang putar.

Hari Ketiga – Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi, tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga. Jika anda memang betul - betul mengamalkan diet, anda sebenarnya sudah Berjaya.

Hari Keempat – Anda boleh makan pisang bersama susu skim hari ini. Sebaiknya, tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini sebenarnya hari yang paling sukar dalam pusingan diet anda. Apa pun, cubalah. Pisang kaya denga kalori, karbohidrat dan potasium yang diperlukan tubuh. Protein dan kalsium yang datang daripada susu pula boleh mengurangkan semangat yang tidak cergas. Anda masih tidak boleh melupakan sup.



Hari Kelima – Hari untuk daging dan tomato. Anda dibenarkan untuk makan daging (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600 gram. Anda juga boleh makan sehingga 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dan mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sekali sehari sudah memadai.

Hari Keenam – Anda dibenarkan untuk makan daging bersama sayur. Makanlah apa sahaja jenis steak dan sayur yang anda mahu kerana ia baik untuk kesihatan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpulah pada sayur-sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.

Hari Ketujuh – Makan nasi dari jenis beras perang. Lengkapinya dengan jus kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi diminta mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Teruskan pelan menu diet dengan beberapa panduan motivasi….



50) Anda boleh terus mengulangi pelan menu dalam seminggu ini seberapa kerap yang anda mahu. Jika diamalkan secara konsisten, tidak mustahil berat badan yang anda impikan akan dapat dicapai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No.49


49) Utamakan pengambilan pemakanan

Aktif tetapi jika tidak bijak menyusun jadual harian, usaha anda akan sia-sia. Tidak ada maknanya anda menyertai larian 100 meter, aktiviti memanah atau berenang tetapi tabiat makan anda tidak terkawal. Walau apa pun program diet yang anda susun, ia berkait rapat dengan makanan yang diambil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 48


48) Pilih pakaian yang ringkas dan ‘sporty’ ketika bersantai

Cara penampilan biasanya mempengaruhi pergerakan. Jika mengenakan pakaian yang ringkas (berseluar), anda cenderung untuk berjalan laju dan aktif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No 47



47) Bergeraklah walaupun anda hanya menghadap komputer sepanjang bekerja.


Ambil masa berjalan-jalan seketika atau membuat senaman ringan di tempat duduk anda sendiri. Duduk terlalu lama tidak sihat untuk tubuh badan. Manakala bergerak walaupun sedikit mampu membakar tenaga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 46


46) Lakukan sendiri kerja-kerja rumah

Seperti menyapu, membasuh atau mengalih susun atur perabot lebih-lebih pada masa hujung minggu. Menghabiskan masa dengan berbaring atau menonton tv, menyumbang tubuh supaya membesar dengan lebih cepat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 45


45) Menjadi ‘baby sitter’ mungkin kedengaran lucu

Ambil tanggungjawab ini untuk mana-mana perkhidmatan pada hujung minggu. Anda akan lebih banyak bergerak terutama menjaga kanak-kanak yang sedang membesar. Sebenarnya, menjaga bayi atau kanak-kanak dalam masa sehari adalah lebih penat daripada menyertai pertandingan merentas desa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 44


44) Bagi anda yang suka ‘clubbing’, jangan sia-siakan hobi ini.

Anda boleh melakukan banyak aktiviti di dalam program ini. Mendaftarlah dengan mana-mana persatuan yang menyediakan aktiviti ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 43


43) Hujung minggu bukan lagi masa untuk bermalas-malas

Jika tidak puas hati dengan penampilan diri, ubah jadual mulai hari ini. Penuhkan hujung minggu dengan aktiviti yang dapat merangsang metabolisme. Memancing, berkayak, bersukan, berjalan-jalan atau berjogging adalah contoh aktiviti yang sesuai dilakukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No.42


42) Jangan mengelak untuk menyertai kerja amal

yang disediakan di tempat kerja mahupun kawasan kediaman. Gotong royong, sukaneka dan sebagainya adalah aktiviti yang berfaedah dalam usaha membakar kalori. Aktiviti secara berkumpulan lebih menyeronokkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips kurus - No. 41


41) Berenanglah dengan menyertai mana-mana kelas renang yang disediakan di kawasan anda

Renang adalah senaman yang cukup baik untuk membentuk tubuh. Semasa berenang, anda menggerakkan seluruh anggota. Secara tidak langsung, gerakan ini merangsang metabolisme tubuh untuk membakar lebih banyak kalori.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 40


40) Amalkan senaman naik turun tangga

...& elak daripada menggunakan lif kalau hanya setakat lima tingkat. Cubalah menaiki tangga, sebaik-baiknya sekali sehari. Menaiki tangga baik untuk memantapkan bentuk paha dan betis. Selain itu anda dapat mengawal pernafasan dan sistem tubuh akan berjalan dengan lancar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS