RSS

Tips Kurus - No. 100


100) Pesan pada diri berkali-kali

“saya kini sedang belajar cara untuk hidup sihat, bukannya untuk kuruskan badan semata-mata”. Belajar menyayangi diri dan katakan pada diri anda akan menjadi lebih yakin mendapat tubuh badan yang anda idamkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 99


99) Apabila anda berdiet,

Berdisiplin mengikut program yang ada dalam perancangan diet tersebut. Jika tertinggal, bersenamlah lebih dari biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 98


98) Alat penimbang

Mungkin menjadi teman sepanjang program diet. Lupakannya! Terlalu kerap menimbang boleh memberi kesan kepada diri anda sendiri. Teruskan usaha, jangan putus asa dan ikuti diet dengan tekun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 97


97) Berdiet, berdiet juga tetapi pastikan tidak meninggalkan sarapan

Anda mungkin berasa badan lebih langsing kerana perut kosong dan rata. Hati-hati kerana ia mampu merosakkan program diet anda. Anda akan cenderung berasa lapar dan mula mengisi perut dengan makanan berat seperti mi, roti ataupun kuih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 96


96) Bekas makanan boleh mempengaruhi jumlah makanan yang bakal dimakan

Guna pinggan yang lebih kecil. Isikan dengan sayur dahulu dan anda akan dapati pinggan tersebut terhad dan terkawal isinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No.95


95) Sebelum menyuap makanan ke mulut, tanya diri anda,

“Adakah makanan ini menguntungkan atau memudaratkan.” Jika ini kerap diamalkan, anda akan lebih berhati-hati selepas ini dan sentiasa prihatin tentang pengambilan makanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No 94


94) Hidup ini bukan medan percubaan
 
Tidak ada sentuhan ajaib untuk kurus sekelip mata. Untuk langsing dan sihat dalam masa yang sama, anda mestilah mengurangkan jumlah lemak yang anda ambil antara 20-24 gram sehari. Makan hidangan seimbang 3 kali dan snek sebanyak 2 kali dalam sehari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 93


93) Apabila bercadang untuk diet,

Fikirkan manfaat yang anda dapat. Tindakan anda bukan kerana terpengaruh dengan tubuh-tubuh cantik yang anda lihat di majalah atau kaca tv semata-mata. Tetapi banyak perkara yang anda impikan selama ini boleh anda kecapi selepas tubuh cantik dan sihat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 92


92) Jika jadual anda padat

Dan hanya mengizinkan anda makan pada waktu yang terhad, lebihkan pengambilannya pada waktu pagi ke tengahari. Bukannya dari waktu petang ke makan malam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 91


91) Tidak kira apa pun, anda mesti memperuntukkan masa untuknya

Kebanyakkan orang yang sihat mampu mengatur jadual senaman mereka dengan baik. Mungkin semasa rehat, anda boleh berlatih menaiki dan menuruni tangga. Atau, selepas waktu kerja, anda boleh bersenam di gimnasium yang terdekat dengan kediaman anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 90


90) Diet tanpa senaman tidak akan membawa apa-apa kesan

Pesanan ini pernah disampaikan berkali-kali, ia menunjukkan betapa pentingnya senaman kepada individu. Tetapkan jadual senaman anda dan jadikan waktu senaman ini sebagai waktu yang paling penting.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 89

89) Jangan abaikan waktu makan tiga kali sehari

Tubuh yang tidak mendapat makanan secukupnya akan membakar kalori pada tahap yang paling rendah. Hasilnya, berat badan tidak turun malah bertambah dalam diam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS