RSS

Tips Kurus - No. 39


39) Sertai sebarang aktiviti lasak

Seperti mendaki gunung, merentas desa, memanjat dinding dan sebagainya. Untuk kesan lebih baik, lakukan aktiviti ini dengan kerap. Anda dapat memantapkan tubuh badan dan mengekalkan kecantikkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 38



38) Beli sebuah basikal dan berusaha supaya kerap menggunakannya

Peruntukkan hujung minggu atau waktu selepas kerja sebagai masa untuk mengayuh. Jika malas untuk keluar rumah, beli sahaja treadmill.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 37


Selepas bermula dengan pelbagai teknik pengawalan makanan, anda juga mesti bergerak cergas dan aktif. Tanpa melakukan sebarang aktiviti kecergasan, usaha diet anda akan jadi sia-sia.



37) Daftarlah di kelas tari menari

Selain daripada mempelajari teknik-teknik tarian, anda juga dapat mencantikkan tubuh badan dengan gerakan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 36


36) Kawallah selagi terdaya

Dalam apa jua cara, kawalan adalah pencegah paling baik sebelum anda berusaha untuk mencari penawarnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 35


35) Pakailah baju ketat ke majlis

Pakaian ketat dapat mengawal makan secara berlebihan. Ia juga petanda bahawa tubuh anda sudah menonjol di sana sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No.34



34) Sentiasa berwaspada

Makan satu keperluan tetapi ingat bahawa makanan juga adalah penyumbang penyakit. Jika terlihat sate atau ayam percik, jangan terlalu berlumba-lumba untuk menikmatinya. Makanan tersebut amat kaya dengan kolestrol.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 33

 
33) Elak minuman dan makanan yang manis

Air berkarbonat, aiskrim, krim caramel dan cordial mesti dikurangkan. Semuanya mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi dan boleh menjadi punca utama penyakit diabetes. Ambil sedikit jika anda benar-benar teringin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 32


32) Banyakkan minum air putih

Setiap kali anda ingin menukar hidangan, minumlah air putih sebagai pelengkap. Selain berfungsi untuk “mencuci” perut, ia juga menyejukkan usus yang sudah sendat dengan pelbagai makanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 31


31) Elak bersama rakan yang kuat makan

Mereka (secara tidak langsung) akan mempengaruhi selera anda. Sekali gus, niat anda untuk mengawal makan dan menurunkan berat badan tidak akan tercapai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 30


30) Alas perut sebelum majlis

Datang dengan perut kosong mengundang nafsu untuk makan lebih. Elok jika menjamah makanan sebelum ke majlis supaya anda dapat mengawal nafsu apabila tiba masanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 29


29) Pilih meja yang jauh dari makanan

Strategi ini juga selamat untuk dipraktikkan. Sekurang-kurangnya, anda tidak tergoda untuk sentiasa bergerak ke meja makan. Anda juga tidak mudah terikut apabila melihat tetamu lain berpusu-pusu mengambil hidangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 28



28) Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang

Prinsip paling mudah untuk menjadi kurus. Jangan terbuai oleh nafsu makan sehingga anda tidak dapat mengawal kehendak dan batasan. Anda perlu ingat tentang kolestrol, lemak, kegemukan dan penyakit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 27


27) Jangan mudah terpengaruh

Melihat teman-teman meja ghairah menyuap makanan, anda juga sama-sama berlumba. Pedulikan!keselesaannya jangan diambil kira. Sayangi kesihatan anda terlebih dahulu dan ketepikan nafsu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 26



26) Kawal nafsu

Mungkin hidangan yang ada jarang-jarang pernah anda makan. Boleh menjamah tetapi bukan untuk dinikmati, pesan pada diri bahawa ia lebih kepada merasa semata-mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 25


25) Elakkan berbual-bual sambil makan

Apabila berbual, anda tidak sedar berapa banyak makanan yang sudah anda suap. Jadi, tumpukan perhatian pada apa yang anda makan supaya ia lebih teratur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No.24




24) Sebaiknya susun menu anda

Mulakan dengan hidangan yang ringan seperti air dan kuih-muih. Barulah disusuli dengan makanan berat seperti nasi dan lauk pauk. Setelah perut sedikit selesa, “cuci” perut dengan buah-buahan dan manisan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 23


23) Elak makan dalam satu masa

Kalau boleh semua yang terhidang mahu dijamah sekali gus. Anda bukan sahaja tamak tetapi sengaja mahu menempah maut! Biarkan perut anda berehat seketika untuk makanan yang pertama sebelum mencuba makanan yang lain pula.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 22



22) Pilih yang sederhana

Menerima jemputan juga bakal berdepan dengan aneka hidangan yang pelbagai – dari tempatan, barat, masakan india mahupun Cina. Pelbagai cita rasa bakal membuka selera anda. Anda boleh merasa kesemuanya tetapi lebih elok bersederhana dan bersedia untuk mengurangkan kuantiti pengambilannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 21


21) Beringat dan bersedia

Jika diundang ke majlis keramaian, anda tentu sedia maklum tentang hidangan yang disediakan. Tetapi anda perlu sedar bahawa makanan itu dimasak oleh tukang masak yang pakar menaikkan selera. Mereka bukan pakar diet! Anda tidak tahu berapa banyak lemak, gula dan garam yang digunakan. Cantik dipandangan mata tidak bermakna jika khasiat kualitinya berada pada tahap yang paling rendah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 20


20) Bersama teman-teman

Jadikan aktivti anda lebih menarik dan seronok secara berkumpulan (dengan rakan yang berazam mengurangkan berat badan). Jadilah pendorong antara satu sama lain dan buat perancangan tentang jadual pemakanan dan senaman secara bersama. Antara anda dan dia akan sama menghargai dan akan giat berusaha menurunkan berat bada secara positif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 19



19) Bersenam ketika terluang

Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman ringan ialah sebelum dan selepas waktu kerja. Jika jarak kediaman dan pejabat berdekatan, anda disarankan berjalan kaki sahaja. Ambil peluang menggunakan waktu rehat atau selepas kerja sebagai masa untuk turun kepadang sekurang-kurangnya lakukan jogging atau aerobik. 20 minit sudah memadai dengan syarat lakukannya secara konsisten.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 18



18) Mesti bergerak

Senaman tidak semestinya di atas padang atau di kawasan lapang. Ia juga boleh dilakukan walaupun di meja sendiri. Ketika waktu makan, elok jika tempat yang dipilih jauh dari meja anda. Sebelum mengisi perut, anda sudah membakar metabolisme tubuh terlebih dahulu dengan berjalan kaki. Anda juga boleh meletakkan kenderaan jauh dari pintu utama. Gerakan ini walaupun kecil tetapi memberi kesan yang besar tanpa anda sedar. Berjalan antara gerakan senaman yang mampu membakar kalori.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 17


17) Rancang makan tengahari

Anda boleh mengambil makanan tengahari secara berperingkat. Misalnya, pukul 11.30 pagi, makanlah sebahagian hidangan. Selebihnya diambil pada waktu rehat. Dengan cara ini metabolisme tubuh dapat dibakar secara berperingkat. Mulakan sistem bekal di mana aturan menunya didapati dari saranan pakar diet. Secara tidak langsung, anda boleh mengawal pengambilan kalori mengikut tahap yang diperlukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 16


16) Lebihkan air

Minum air putih memang baik untuk kesihatan. Kembalilah dengan saranan untuk minum 8 gelas air sehari. Sentiasa penuhkan botol anda dan jadikannya salah satu keperluan utama di atas meja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 15

LAKUKAN DENGAN CARA SELAMAT

Ramai yang tidak mengikuti program diet dengan betul. Selain sambil lewa, cara yang dilakukan juga tidak tepat dan boleh mendatangkan kemudaratan. Mereka mahukan hasilnya dalam masa yang singkat. Ini antara sebab mengapa hanya 5% yang berhasrat untuk berdiet Berjaya mencapai malamat. Jadi, lakukan dengan cara yang selamat.


 

15) Makan snek dengan
bijak

Snek memang tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Tambahan pula jika anda hanya duduk menghadap komputer sepanjang masa. Snek dijadikan tiket untuk mengatasi kebosanan. Walaupun rasa bosan anda hilang tetapi anda bakal berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan. Berhentilah ataupun sekurang-kurangnya bijak mengatur jumlah pengambilan snek. Yang penting, jangan melebihi had. Buangkan tabiat menyimpan snek di dalam laci atau beg.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS