copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

Tips Kurus - No. 88


88) Jangan biasakan berlapar

Terutama sebelum anda keluar makan. Anda mungkin akan makan secara berlebihan dan tidak mencatu keperluannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 87


87) Jika anda ingin makan di luar, tetapkan waktu untuk anda makan

Jangan tambah waktu kerana anda mungkin memesan makanan lebih banyak daripada yang anda perlukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 86


86) Jangan fikir yang anda mengambil makanan rendah lemak,

Membolehkan anda makan sebanyak mungkin. Kalori tetap bertambah, jadi anda mesti pastikan kuantitinya seimbang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 85


85) Ambil kira label makanan yang anda beli

Mesti teliti dan baca kandungan yang dicatat di belakang pek berkenaan. Makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat boleh mengganggu program diet anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 84


84) Jika bercadang ke kedai, pergilah sesudah makan

Anda tidak cenderung membeli banyak barang makanan jika perut sudah kenyang. Membeli mengikut senarai dan jangan terpengaruh untuk membeli makanan yang tidak perlu terutama makanan ringan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial - Makeup For Glasses



assalamualaikum sahabat I'anS.. kali ni kami akan berkongsi tutorial make up untuk mereka yang berkaca mata...siapa kata orang yang berkaca mata tidak perlu menitik beratkan makeup? mari cuba tutorial yang ringkas dan menarik ini...selamat mencuba sahabat2!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 83


83) Pilih tempat makan yang tenang dan selesa

Jangan berpindah tempat kerana ia boleh mengurangkan tumpuan ketika makan. Nikmatikah makanan anda dan fokuskan perhatian terhadap makanan tanpa memikirkan perkara lain. Makan dalam keadaan beremosi boleh memberi kesan negatif kepada diri. Anda mungkin terlebih makan atau kurang makan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 82


82) Jika anda mengambil alkohol, hadkan pengambilannya

Kalorinya agak tinggi. Tetapi lebih baik jika anda terus mengatakan tidak pada alkohol.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 81


81) Pilihlah minuman ringan khas untuk diet

Purata 12 auns soda biasa mengandungi 120 kalori, tetapi untuk soda diet ia tidak mempunyai kalori langsung. Jika anda minum 3 tin dalam sehari, anda telah menjimatkan 360 kalori. Kemudian, darabkan dengan 7 hari dalam seminggu, 30 hari dalam sebulan dan 365 hari dalam setahun. Anda sudah menjimatkan terlalu banyak kalori!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 80


80) Biasakan minum lebih air putih

Ia bertujuan membantu mencuci tubuh dan mengurangkan selera makan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 79


79) Cuba untuk membakar,

Memanggang atau merebus makanan berbanding menggoreng. Buangkan semua lemak pada makanan sebelum dimasak dan dihidangkan terutama kulit ayam dan lemak daging.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 78


78) Timbang berat badan setiap minggu

Jangan risau tentang sebarang perubahan. Anda tidak akan hilang berat badan sebanyak 1 ke 2 paun dalam masa seminggu. Teruskan berdiet.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 77


77) Gunakan lebih banyak mustard di dalam sandwich berbanding mayonis

Mustard tidak mengandungi lemak dan rendak kalori. Jika anda tidak boleh menerima rasanya, carilah sesuatu yang lain (tetapi rendah lemak).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 76



76) Carilah rakan yang sama-sama berazam menguruskan badan

Dan pastikan usaha anda berdua benar-benar komited! Dorongan sesama sendiri mampu menjadikan program diet anda lebih efektif dan menyeronokkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 75

BERDIET SEUMUR HIDUP!



Anda memang tiada pilihan jika anda sayangkan tubuh badan. Berdiet bukan bermakna anda perlu sekat makan semata-mata untuk kurus tetapi pengambilan makanan anda lebih teratur dan betul untuk keseimbangan kesihatan anda. Jadi, berdietlah seumur hidup jika anda sayang pada diri sendiri.




75) Titikberatkan program diet anda


Berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaannya. Impian anda tidak akan ke mana kalau hanya sambil lewa melakukannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 74


74) Jangan buat perkara lain semasa makan,

Misalnya membaca buku atau menonton tv. Tumpuan menjadi tidak seimbang dan akibatnya, anda akan makan berlebihan tanpa disedari. Berikan tumpuan sepenuhnya ketika makan dan ambil mengikut sukatan yang betul bukan ikut nafsu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 73


73) Hentikan tabiat merokok dan alkohol

Ada pendapat mendakwa kononnya rokok membuatkan badan lebih langsing. Mitos ini mungkin boleh diambil kira kerana perokok biasanya kurang selera makan tetapi fikirkan pula kesan kepada kesihatan. Anda sebenarnya hanya akan memendekkan nyawa sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 72


72) Elakkan makanan berminyak

Minyak yang banyak akan meningkatkan kadar kolestrol dan lemak dalam badan. Anda mungkin diserang penyakit jantung atau obesiti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 71


71) Gantikan snek makanan ringan anda dengan makanan berzat

Contohnya snek kentang boleh digantikan dengan biskut sayur rendah lemak. Air berkarbonat pula digantikan dengan susu rendah lemak. Selain berjaya menguruskan badan, kesihatan juga dapat dikekalkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kurus - No. 70



70) Senaman baik untuk tubuh

Tetapi lebih baik jika anda kenal pasti dahulu kemampuan diri. Kalau anda mempunyai otot perut yang tidak kuat, jangan paksa diri membuat ‘sit-up’ sehingga 20 kali. Pilih senaman yang sesuai dengan kemampuan diri (terutamanya ketika anda baru mula bersenam) dan tingkatkan bilangannya perlahan-lahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS