DIARI MINGGU KE MINGGU
Program diet anda akan lebih tersusun jika anda mempunyai satu jadual yang khusus. Bagaimana caranya? Ikuti panduan penyusunan diet dari hari ke hari secara konsisten
( P/S: Kalau anda sanggup ikut menu orang barat nie… silakan. Kalau tak, buat menu sendiri. Yang penting pastikan jumlah kalori yang anda ambil adalah rendah)
Hari Pertama – Makanlah semua jenis buah kecuali pisang. Untuk pilihan minuman, ambillah yang sihat dan semula jadi. Hindari minuman berkarbonat atau yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori adalah pilihan paling tepat, jadi pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, jadikan sup sebagai menu sampingan.
Hari Kedua – Semua jenis sayur-sayuran baik untuk anda, kecuali kacang, pis dan jagung. Anda juga tidak dibenarkan makan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan pelbagai jenis sayur. Paling disyorkan, sayur-sayuran berdaun hijau. Pada sebelah malam, makanlah kentang putar hidangan besar. AMARAN PENTING: Lupakan mentega dan mayonis, tapi gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai bahan perisa. Untuk rasa lebih enak, tuangkan sup pada kentang putar.
Hari Ketiga – Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi, tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga. Jika anda memang betul - betul mengamalkan diet, anda sebenarnya sudah Berjaya.
Hari Keempat – Anda boleh makan pisang bersama susu skim hari ini. Sebaiknya, tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini sebenarnya hari yang paling sukar dalam pusingan diet anda. Apa pun, cubalah. Pisang kaya denga kalori, karbohidrat dan potasium yang diperlukan tubuh. Protein dan kalsium yang datang daripada susu pula boleh mengurangkan semangat yang tidak cergas. Anda masih tidak boleh melupakan sup.
Hari Kelima – Hari untuk daging dan tomato. Anda dibenarkan untuk makan daging (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600 gram. Anda juga boleh makan sehingga 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dan mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sekali sehari sudah memadai.
Hari Keenam – Anda dibenarkan untuk makan daging bersama sayur. Makanlah apa sahaja jenis steak dan sayur yang anda mahu kerana ia baik untuk kesihatan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpulah pada sayur-sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh – Makan nasi dari jenis beras perang. Lengkapinya dengan jus kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi diminta mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
Teruskan pelan menu diet dengan beberapa panduan motivasi….

50) Anda boleh terus mengulangi pelan menu dalam seminggu ini seberapa kerap yang anda mahu. Jika diamalkan secara konsisten, tidak mustahil berat badan yang anda impikan akan dapat dicapai.
0 comments:
Post a Comment