copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

MAKIN GEMUK BILA KURANG TIDUR…


Beban kerja di rumah dan juga di pejabat menyebabkan ramai wanita hari ini kekurangan tidur. Dari lapan jam, kebanyakkannya hanya memperoleh lima atau enam jam waktu tidur. Biarpun begitu ramai yang tidak mengendahkan akan perkara ini. Asalkan dapat tidur, sudah cukup baik. Sebolehnya janganlah dibiarkan perkara ini berlarutan kerana kekurangan tidur hanya akan merugikan tubuh anda.
Sekiranya jumlah tidur selama lapan jam tidak dipenuhi, fungsi tubuh akan terganggu. Anda mula akan sukar fokus pada apa yang anda lakukan, tekanan darah meningkat, diabetes bahkan mungkin juga menyebabkan kanser.
Kurang tidur juga boleh mengganggu fungsi kerja tubuh dalam menghasilkan hormon pertumbuhan yang tugasnya memperbaiki sel-sel yang rosak. Dengan kata lain, wajah anda akan dihiasi dengan kedut-kedut.
Di samping mengganggu kesihatan dan penampilan, kurang tidur juga menyebabkan diri cenderung makan kudapan-kudapan. Oleh itu, yang sedang berdiet, perhatikanlah waktu tidur anda. Makan kudapan-kudapan ini pastinya akan membesarkan lagi ukur lilit pinggang anda.
Selain itu kekurangan tidur akan turut menyebabkan penurunan penghasilan sebanyak 20 peratus. Akibatnya mulut tidak mahu berhenti mengunyah. Jarum timbang juga sudah pasti makin mudah bergerak ke kanan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment