RSS

LIMAU ELAK SAKIT SENDI?


... Siapa kata sakit sendi hanya dialami oleh wanita berusia? Waktu kini, wanita muda juga tidak terkecuali dari mengalami penyakit sendi ataupun lebih dikenali sebagai penyakit rheumatoid arthritis. Ia adalah penyakit yang berkaitan dengan kekebalan tubuh. Tandanya seperti rasa sakit, bengkak dan panas pada sendi. Jika penyakit sudah semakin teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan mata, paru-paru bahkan jantung juga. Namun khabar gembiranya adalah penyakit sendi ini boleh dicegah dengan mengambil buah-buahan yang mengandungi zat beta cypthoxanthin. Limau ataupun oren adalah salah satu jenis buah yang mengandungi zat ini. Oleh itu, apa kata mulai hari ini kita memasukkan oren atau limau dalam menu harian. Selain mengelak penyakit sendi, ia juga boleh melancarkan pencernaan dan juga membuatkan tubuh lebih segar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment