copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

DIET... KENALI TUBUH



Bentuk tubuh ternyata dipengaruhi oleh jenis kalenjar dominan di dalam tubuh. Dengan memahami jenis-jenis kelenjar dominan dan bentuk tubuh, anda dapat mengatasi proses pembesaran dalam beberapa bahagian tertentu pada tubuh. Malah tubuh manusia juga terbahagi kepada 4 jenis tubuh iaitu: ‘Adrenal’ (A), ‘Gonadal’ (G), ‘Pituitari (P) dan ‘Tiroid’ (T). Dan setiap bentuk tubuh ini memiliki tahap pertambahan lemak yang berbeza.

Setelah mengenali jenis tubuh anda, mungkin ia dapat membantu anda menjaga keseimbangan berat badan dengan menghindari beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan tubuh anda mula ‘kembang’. Oleh demikian, anda digalakkan untuk beralih kepada pengambilan jenis makanan yang berserat, protein, vitamin dan mineral. Jelas di sini, bukankah memiliki tubuh yang sihat lebih berharga berbanding dengan tubuh yang langsing tetapi tidak sihat?

Jenis A: Bentuk tubuh kelihatan tegap dan berotot pada bahagian lengan dan kaki serta mengalami pengumpulan lemak di bahagian lengan. Pemilik tubuh jenis A ini dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan yang berprotein dan karbohidrat seperti daging, kentang atau nasi. Kebanyakan makanan jenis ini mendorong penambahan berat badan.
 Jenis G: Bentuk tubuh jenis G umumnya dikenali sebagai bentuk pir. Pemilik tubuh seperti ini mudah mengalami masalah berat badan di bahagian belakang dan paha, serta memiliki bentuk kaki yang kuat berbanding bahagian atas tubuh mereka. Mereka yang memiliki tubuh jenis ini sebaik-baiknya elakkan daripada mengambil makanan yang kaya dengan rempah ratus. Ini kerana makanan jenis ini mudah mendorong pertambahan berat badan.

Jenis P: Tubuh jenis P ini selalunya lebih kecil dengan mengalami masalah berat badan yang seimbang di seluruh anggota badan. Bagi mereka yang tergolong dalam jenis P ini, dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berunsurkan susu. Ini kerana ia akan mudah menambahkan berat badan individu terbabit.

Jenis T: Tubuh jenis T memiliki proses metabolisme yang sangat aktif. Umumnya tubuh jenis T lebih tinggi, dengan kaki yang panjang dan berat yang terkumpul di bahagian punggung. Bagi mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula, kafein, dan karbohidrat yang tinggi. Makanan jenis ini akan menyebabkan pertambahan berat badan bagi tubuh kategori ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment