copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

PAKAIAN & KULIT ANDA (PART 2)....


Pilihan bijak rona tepat mengikut warna kulit:

SAWO MATANG

Memiliki kulit sawo matang memudahkan anda untuk memilih rona pakaian yang sesuai dengan kulit. Mengapa? Sawo matang dikatakan warna paling cantik dengan sebarang warna. Yang perlu hanya sifat BERANI! Anda boleh memakai warna merah, biru, kuning, ungu, dan sebarang warna lain. Penting buat anda untuk meneliti warna bagaimana yang paling sesuai dengan kulit anda. Pemilihan dua warna kontra dalam satu masa juga boleh anda gayakan kerana warna kulit sawo matang boleh ‘menyokong’ setiap warna yang digayakan oleh seseorang itu.

HITAM MANIS

Kebiasaannya mereka yang berkulit hitam manis malu untuk mencuba warna-warna terang kerana khuatir mereka akan nampak pelik dan dikatakan tidak sedar diri. Mengapa pula begitu? Paling penting cara anda memadankan warna-warna tersebut. Anda boleh memakai blaus kuning, tapi padankan dengan seluar atau skirt rona tanah. Jika anda masih tidak yakin untuk memakai warna terang sebagai dominan, anda boleh bermula dengan memakai aksesori dengan rona terang. Paling elok untuk kulit hitam manis? Rona tanah atau skin colour!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment