Tips Kurus - No. 13
13) “Everything in moderation…”
Sederhana adalah kunci kejayaan. Walau apa pun yang anda lakukan,
pastikan semuanya bertepatan dengan kehendak dan sentiasa fikirkan
tentang kesederhanaan. Terlalu mengikut perasaan, ingin lekas melihat
perubahan dan terburu-buru boleh memudaratkan kesihatan.
Tips Kurus - No.12
12) Sertai pusat pelangsingan badan
Jika kewangan menjadi masalah, berjimatlah. Di sinilah letaknya
keazaman dan iltizam diri anda terhadap keperluan memenuhi impian.
Jangan kerana masalah kewangan, hasrat untuk tampil langsing mati begitu
sahaja.
Tips Kurus - No. 11
11) Jangan terikat dengan pil dan ubat
Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar diet terlebih dahulu sebelum
mengamalkan apa sahaja jenis pil atau ubat kurus. Walaupun bergunung
jaminan yang diberikan oleh pengeluar produk, mereka masih memikirkan
keuntungan. Sebaiknya, tunjukkan produk itu pada doktor. Jika ada
saranan, ambil mengikut sukatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















