RSS

PANDUAN MEMBERSIHKAN BARANGAN KOSMETIK


Kalau sebut perkataan kosmetik semestinya ia amat berkait rapat dengan kaum wanita. Bagi wanita, himpunan baragnan solekan bagaikan sahabat karibnya. Namun, jika tidak dijaga dengan baik, barang berkenaan akan kelihatan berlapuk dan buruk. Berikut panduan cara terbaik untuk membersihkan bekas mekap supaya kelihatan sentiasa kemas bergaya.

Bersihkan barang seperti botol, tiub dan bekas mekap dengan tisu atau kapas yang dicelup air. Anda juga boleh menggunakan cecair permbersih mekap yang tidak berminyak.

Bersihkan habuk pada bekas pembayang mata dan pewarna pipi dengan kapas yang dilembapkan dengan air.


Bersihkan penajam pensil mekap (sharpener) dengan kapas selepas setiap kali digunakan. Ini dapat mengelakkan ia daripada berkarat dan tumpul.


Bersihkan cermin bedak padat dengan kapas yang dicelup air. Biarkan kering seketika dan sapukan sekali lagi dengan kapas kering.

 

Cuci span atau paf bedak dengan sabun lembut, tekan dengan tuala untuk mengeluarkan air berlebihan dan biarkan ia kering sendiri. Sebaiknya gantikan dengan span atau paf bedak yang baru.


Cuci berus pembayang mata, pemerah pipi, berus kening mahupun berus untuk loose powder dengan menggunakan sabun lembut, bilas dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hanya gosokkan berus secara lembut dengan tangan untuk mengelakkan bulu berus dari tercabut.


Jika mendapati permukaan mekap berkerak atau berselaput kilat, anda hanya perlu mengikisnya. Selaput ini hanyalah kesan minyak muka. Mekap dibawahnya masih baik dan boleh digunakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment