Perkataan ‘diet’ ialah salah satu terma yang
paling gemar digunakan dan juga ‘disalahguna’ oleh orang ramai yang cuba
untuk mengurangkan berat badan! Diet tak bermakna anda ‘berpuasa’ dan
mengikat perut anda dari makanan.
‘Diet’ sebenarnya ialah
jumlah makanan yang diambil oleh seseorang. Setiap individu mempunyai
jumlah nilai kalori harian (DCR) berlainan bergantung kepada fizikal
badan
dan juga gaya hidup seseorang itu (sama ada aktif atau tidak). Sudah
tentu, tidak mustahil bagi seseorang itu untuk mengurangkan berat badan
dengan hanya berdiet. Tetapi ianya sangat tidak disyorkan kerana
seseorang itu perlu sangat berdisiplin dalam pengambilan makanan.
Terdapat juga kemungkinan besar untuk berasa lapar dan akhirnya anda
mungkin terlebih makan kerana tersangat lapar! Oleh itu, ‘diet seimbang’
sangat disyorkan oleh majoriti pakar nutrisi yang meliputi diet
(‘reduced calorie diet’) dan senaman. Tahukah anda bersenam membantu
anda mengurangkan nafsu makan?
0 comments:
Post a Comment