PAKAIAN & KULIT ANDA (PART 2)....
Pilihan bijak rona tepat mengikut warna kulit:
SAWO MATANG
Memiliki kulit sawo matang memudahkan anda untuk memilih rona pakaian yang sesuai dengan kulit. Mengapa? Sawo matang dikatakan warna paling cantik dengan sebarang warna. Yang perlu hanya sifat BERANI! Anda boleh memakai warna merah, biru, kuning, ungu, dan sebarang warna lain. Penting buat anda untuk meneliti warna bagaimana yang paling sesuai dengan kulit anda. Pemilihan dua warna kontra dalam satu masa juga boleh anda gayakan kerana warna kulit sawo matang boleh ‘menyokong’ setiap warna yang digayakan oleh seseorang itu.
HITAM MANIS
Kebiasaannya mereka yang berkulit hitam manis malu untuk mencuba warna-warna terang kerana khuatir mereka akan nampak pelik dan dikatakan tidak sedar diri. Mengapa pula begitu? Paling penting cara anda memadankan warna-warna tersebut. Anda boleh memakai blaus kuning, tapi padankan dengan seluar atau skirt rona tanah. Jika anda masih tidak yakin untuk memakai warna terang sebagai dominan, anda boleh bermula dengan memakai aksesori dengan rona terang. Paling elok untuk kulit hitam manis? Rona tanah atau skin colour!
PAKAIAN & KULIT ANDA (PART 1)...
Pilihan bijak rona tepat mengikut warna kulit:
KUNING LANGSAT
Berkulit kuning langsat ada masanya memeningkan kepala. Apatah lagi jika anda seorang peminat fesyen. Sudah tentu anda agak cerewet untuk memilih warna pakaian yang sesuai dengan rona kulit anda. Paling baik, carilah warna yang seakan-akan warna kulit anda. Warna kuning atau coklat sesuai untuk anda gayakan. Pilihan warna yang kontra dengan warna kulit anda tidak menjadi jika tidak kena dengan caranya. Jangan risau, warna biru muda atau merah jambu sesuai untuk anda! Jangan risau untuk bergaya kerana warna kulit anda yang idak terlalu ‘kuat’ dapat diserlahkan dengan pemilihan rona yang sesuai dengan anda.
CERAH
Ramai yang berpendapat, berkulit cerah itu mudah. Semua warna sesuai untuk mereka. Tahukah anda, berkulit cerah bukanlah satu bonus jika anda tersilap memilih warna. Elakkan memakai warna-warna terang kerana ia akan menguasai keseluruhan penampilan anda. Andainya anda ingin memakai warna terang seperti jingga, pilihlah aksesori dengan rona tersebut untuk melengkapkan gaya anda. Anda juga boleh memilih pakaian yang mempunyai corak minimum dengan warna jingga. Walaupun begitu, tidak menjadi kesalahan jika anda ingin memakai warna merah hati kerana warna kulit anda yang sedikit pucat dapat dibangkitkan dengan pakaian dengan rona ini. ‘Perlahankan’ penampilan anda dengan memakai aksesori dengan warna gelap apabila anda sudah menyarungkan pakaian dengan rona merah hati.
ATASI MASALAH PERUT BUNCIT...
Posted by
inspirasi_annisa
|
Labels:
Petua
1) Minum air
Perut penuh adalah disebabkan oleh penyimpanan air, kurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Ia akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh dan meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan.
2) Makanan dengan perlahan
Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul,tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.
3) Mengurangkan pengambilan garam
Terlalu banyak garam hanya akan menambah lagi sodium dalam tubuh dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.
4) Hindari sembelit
Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
5) Olahraga
Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar sebagai air kencing.
PEMAKAIAN PENYEGAR WAJAH...
Penyegar wajah berfungsi menutup liang-liang roma yang terbuka semasa proses mencuci & pada masa yang sama ia menyeimbangkan pH kulit selepas dicuci. Kekerapan penggunaannya adalah bergantung kepada keadaan kulit seseorang itu. Sebenarnya, tiada kesan buruk jika tidak memakai penyegar wajah, tetapi pemakaiannya memberikan manfaat kepada kulit. Sekiranya tidak sempat mencuci wajah, sesetengah penyegar wajah juga boleh dijadikan sebagai pencuci wajah. Hanya tuangkan sedikit pada kapas & lapkan secara lembut pada keseluruhan wajah
JOM! NAIK BASIKAL..
. Berbasikal adalah cara yang paling mudah & senang untuk anda melakukan aktiviti sihat. Namun, untuk mencapai tahap kecergasan yang maksima tanpa perlu mencederakan diri, kedudukan semasa anda berbasikal hendaklah betul. Menurut atlit triatlon Katya Meyers, semasa anda ingin mengayuh secara laju, tarik tubuh anda ke hadapan & jika kedudukan anda ketika berbasikal tidak selesa bererti basikal itu tidak sesuai untuk anda. Penting untuk anda duduk di atas basikal dalam keadaan tenang agar punggung & bahu anda tidak tegang
KULIT MUKA BERKEDUT?
... Pakar kulit daripada Los Angeles, Amerika Syarikat, Debra Luftman, menyarankan agar menekup wajah selama 10 minit menggunakan kain yang telah direndam dengan air soya & amalkan seminggu sekali. Menurutnya, susu soya mengandungi pencerah kulit semula jadi & phytoestrogen yang berfungsi mencegah kehadiran kedutan (p/s: cara mudah, beli jer BEAUTEE soy bean whitening 3D mask kami hehehe...) Kulit juga memerlukan waktu rehat untuk bernafas setelah kerap dipalit dengan produk solekan. Untuk itu, tentukan hari-hari untuk tidak mengenakan sebarang solekan. Ini penting untuk membiarkan wajah berehat
KOPI TINGKATKAN METABOLISME?.
.. Benar! Ia akan memberikan aksi terbaik terutama jika anda mengambilnya secara asli (tanpa campuran susu & krimer). Kafein merangsang sistem saraf & memberikan petunjuk kepada tubuh untuk membebaskan sedikit sumber tenaga daripada simpanannya, kata Paul Arciero, Ph.D & profesor madya sains sukan dari Skidmore College
Subscribe to:
Posts (Atom)