copyright by I'anS. Powered by Blogger.
RSS

PAKAIAN & KULIT ANDA (PART 1)...



Pilihan bijak rona tepat mengikut warna kulit:

KUNING LANGSAT

Berkulit kuning langsat ada masanya memeningkan kepala. Apatah lagi jika anda seorang peminat fesyen. Sudah tentu anda agak cerewet untuk memilih warna pakaian yang sesuai dengan rona kulit anda. Paling baik, carilah warna yang seakan-akan warna kulit anda. Warna kuning atau coklat sesuai untuk anda gayakan. Pilihan warna yang kontra dengan warna kulit anda tidak menjadi jika tidak kena dengan caranya. Jangan risau, warna biru muda atau merah jambu sesuai untuk anda! Jangan risau untuk bergaya kerana warna kulit anda yang idak terlalu ‘kuat’ dapat diserlahkan dengan pemilihan rona yang sesuai dengan anda.

CERAH

Ramai yang berpendapat, berkulit cerah itu mudah. Semua warna sesuai untuk mereka. Tahukah anda, berkulit cerah bukanlah satu bonus jika anda tersilap memilih warna. Elakkan memakai warna-warna terang kerana ia akan menguasai keseluruhan penampilan anda. Andainya anda ingin memakai warna terang seperti jingga, pilihlah aksesori dengan rona tersebut untuk melengkapkan gaya anda. Anda juga boleh memilih pakaian yang mempunyai corak minimum dengan warna jingga. Walaupun begitu, tidak menjadi kesalahan jika anda ingin memakai warna merah hati kerana warna kulit anda yang sedikit pucat dapat dibangkitkan dengan pakaian dengan rona ini. ‘Perlahankan’ penampilan anda dengan memakai aksesori dengan warna gelap apabila anda sudah menyarungkan pakaian dengan rona merah hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment